Dah lama tidak di update blog nie kerana kesibukan masa yang tidak dapat dielakkan, dalam kata lain tak sempat nak menulis, edea banyak tapi nak luangkan masa untuk menulis terlalu terhad. Menulis adalah suatu seni masing-masing. Ada yang dapat menulis menceritakan pengalaman hidup dan tentang diri dan ada yang menulis berdasarkan suatu kajian ilmiah dan pandangan tentang setiap isu yang di putar di setiap media yang ada pada hari nie. Begitu juga dengan gaya penulisan dan uslub bahasa berbeza mengikut jenis penulisan yang diminati dan kepakaran masing-masing.
Terlalu banyak ulasan yang hendak disampaikan samada isu pendidikan atau politik yang menjadi kegemaran penulis. Penulis akan kehilangan seorang insan yang dianggap sebagai bos ( sudah tentu la ), guru dan sahabat. Beliau akan menyambungkan pengajian di peringkat PHd tetapi pada pandangan penulis sepanjang 4 tahun bersama beliau terlalu banyak ilmu yang penulis perolehi terutamanya ilmu yang tidak dapat kita perolehi melalui buku dan kuliah-kuliah. Pandangan yang berada diluar kotak menyebabkan penulis rasa kagum dan hormat serta penulis berbangga dengan kejayaan beliau. Semoga beliau akan terus maju kehadapan, insyaallah.
Mulai 20 November 2009, sekolah akan mulai bercuti tetapi kepada rakan-rakan seperjuangan cuti sekolah yang panjang bukan bermakna tugas kita akan terus berehat panjang. Sewajarnya tempoh cuti panjang ini kita mempersiap-siagakan diri dengan perancangan pada tahun 2010. Kekurangan pada 2009 dijadikan sebagai iktibar dan 2010 sebagai lembaran baru perubahan supaya anak-anak kita akan memperolehi ilmu sebaik mungkin.
Mahkamah telah memutuskan bahawa Adun Kota Siputeh telah hilang kelayakan dan secara tidak langsung telah memberi tamparan yang hebat kepada SPR sebagai badan yang menjalankan pilihanraya yang perlua akur dengan kuasa speaker. Malangnya TPM yang kita hormati telah menunjukkan kekurangan beliau dalam memahami kuasa speaker. Sepatutnya beliau tidak mengarahkan Adun terbabit menghadiri sidang dun ( sebelum penghakiman ) kerana walau beliau TPM tetapi kuasa beliau tidak boleh mengatasi kuasa speaker dalam DUN.
wassalam...........
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)