Saturday, June 27, 2009

SENARAI NON HALAL FOODS

" NO 12 tu baca bebetul...wallahuaa lam.BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand ) 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku 8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3.. Daging Burger Import
4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup 6. Berus Gigi Jenis ' Reach
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina 14.. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum 2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry 5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin 8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin 12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik 14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch 16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady ' s Choice
18. Semua jenis Jelly 19 .Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady ' s Choice Jelly
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUNDKami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

AKAN HADIRKAH PM SEPERTI INI DI MALAYSIA

Saya sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Di bawah ini disertakan tiga keping gambar majlis jamuan negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini (tiga gambar itu diambil dari Cina Islam). Dalam gambar tersebut Presiden Bolivia Juan Evo Morales kelihatan berkot hitam. Presiden Iran dan tetamunya makan sambil bersila, tiada set perabot makan yang serba mewah, tanpa protokol makan gaya-Barat seperti yang di amalkan di negara ini dan pastinya tidak diadakan di hotel 7 bintang!

Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:
1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.
2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .
4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.
5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.
6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.
7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.
8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.
9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.
10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.

KISAH SUAMI ISTERI.....

Kisah Suami Dan Isteri
Untuk renungan bersama...
Kisah yang penuh iktibar, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya....

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati
masing-masing' .

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.
Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
'Selamat tinggal..'
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah
salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang
paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W

Tuesday, June 23, 2009

KEMERDEKAAN.......

Menyusuri kemerdekaan bumi bertuah Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu, kadangkalanya memualkan dan menjijikkan......kenapa??? Setelah hampir 52 tahun mencapai kemerdekaan sejarah kemerdekaan negara tidak pernah dinukilkan kepada umum secara terang dan jelas......percaya tak? Sekiranya diamati ringkasan sejarah negara memaparkan hanya satu pihak sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan, oleh itu, adakah sudah tiada lagi orang lain yang memperjuangkan kemerdekaan?
Tercatat bahawa Tanah Melayu antara negara yang paling lama di jajah sejak 1511 hingga 1957 iaitu 446 tahun. Sepanjang itu beberapa siri penentangan di buat oleh pejuang-pejuang tanah air dalam mengusir penjajah tetapi apabila mencapai kemerdekaan yang tinggal hanyalah UMNO merupakan pejuang kemerdekaan. Mereka yang berjuang sebelum ini hanya layak di semadikan nama-nama mereka dibangunan-bangunan di negara kita seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Syed Sheikh al-Hadi dan ramai lagi yang tidak dikenang sebagai pejuang kemerdekaan.
Mengapakah semua ini berlaku? Tokoh-tokoh yang tersisih ini merupakan mereka yang bergerak melawan arus penjajah atau lebih dikenali sebagai golongan yang berhaluan kiri dan tidak akan bersekongkol dengan penjajah. KMM, AWAS, API dan lain-lain lagi berjuang menuntut kemerdekaan lebih awal daripada UMNO termasuklah PAS yang merupakan legasi dari Hizbul Muslimin yang pernah dikenali sebagai tentera merah.
Siapakah UMNO? UMNO wujud setelah pertemuan dan persidangan dengan kesatuan-kesatuan yang wujud kerana hasil dari lontaran idea oleh penjajah. UMNO wujud kerana sikap dan tipu helah sir Harold Mac Michael terhadap Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan persetujuan melaksanakan Malayan Union. Sekiranya sir Harold Mac Michael mendapat persetujuan dengan baik dari Raja Melayu adakah akan wujud UMNO? Rasanya mustahil sama sekali akan wujud UMNO.....
Sekiranya di perincikan kehendak Malayan Union secara dasarnya telah diterima oleh pemimpin-pemimpin UMNO seperti konsep jus soli dan taraf kewarganegaraan cuma yang ditolak oleh UMNO hanyalah kerajaan KESATUAN dan di gantikan sebagai PERSEKUTUAN. Isi kandungan Malayan Union tetap diterima oleh UMNO. Siapakah yang mengalami kerugian? Orang Melayu kerana memberi taraf warganegara dan hak kepada bangsa asing yang dibawa oleh penjajah ke bumi ini.
Setelah 52 tahun merdeka akhirnya UMNO-BN sebenarnya gagal menghayati intipati perjuangan Melayu kerana perjuangan Melayu bukan berasaskan pada bangsa tetapi agama. Dasar UMNO inilah yang akhirnya merugikan bangsa sendiri sehinggakan pada hari ini lebih ramai orang Melayu menipu orang Melayu daripada bukan Melayu menipu orang Melayu. Mengapakah begitu? Sebab yang berada di tampuk pemerintahan majoriti Melayu-UMNO yang sibuk mengisi tembolok masing-masing dengan mengambil kesempatan ke atas bangsa sendiri.
Inilah sebenarnya punca kepada kegagalan DEB........nanti sambung part 2

Monday, June 22, 2009

Menyingkap Gerakan Pemuda suatu catatan ringkas………………

Sekiranya direnungi gerakan belia di dunia ini memberi impak yang sangat besar dalam menentukan situasi politik sesebuah negara. Tragedi Tianmen di China sebagai satu contoh satu gerakan yang diwarnai oleh golongan belia atau mahasiswa. Tidak ketinggalan Malaysia, pemikiran golongan belia yang dipelopori oleh golongan Mahasiswa banyak meninggalkan kesan pada senario politik negara. Namun setelah penguatkuasaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam gerakan belia dan pemikiran mahasiswa.

Satu sorotan………..

Jika dilihat banyak negara yang mengalami perubahan pola politik negara dipengaruhi oleh golongan belia terutama dari gerakan mahasiswa, contoh yang terdekat jiran kita Indonesia. Kejatuhan Suharto, Megawati Sukarno dan Gus Dur berpunca daripada desakan mahasiswa yang berjuang untuk keadilan sosial dan negara. Namun begitu tiada sebarang pernyataan dari ahli-ahli akademik mahupun politik yang membincangkan secara serius dan ilmiah perbezaan pemikiran dan kemampuan berfikir antara belia Indonesia dan Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan isu-isu semasa dari dalam atau luar negara.

Malaysia suatu ketika dulu pernah memperlihatkan gerakan belia yang didokongi oleh mahasiswa dalam memperjuangkan isu-isu rakyat seperti Demontrasi Baling yang bertujuan memperjuangkan nasib petani dan penduduk Baling yang berada ditahap kemiskinan yang kritikal. Hasilnya ramai pemimpin mahasiswa telah ditangkap dan di ISA kan seperti, Fadhil Noor, Anwar Ibrahim, Muhammad Sabu, Hishamuddin Rais (sekadar beberapa nama yang berada dalam pembangkang) dan beberapa tokoh yang berada dalam UMNO sekarang. Gerakan belia sekali lagi telah menunjukkan taringnya pada tahun 1987 dalam isu-isu politik negara dan hasilnya kerajaan telah melancarkan Operasi Lalang yang menyebabkan ramai tokoh politik pembangkang ditangkap kemudian di sumbat dalam ISA.

Namun pada era 90 an sehingga sekarang kelesuan pemikiran melanda golongan belia yang pada hemat saya berpunca dari dasar Pendidikan Negara sendiri. Sejak dari sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi golongan belia didedahkan dengan sejarah negara yang disogokkan dengan perjuangan UMNO-BN dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dengan melupakan dan mengabaikan perjuangan tokoh-tokoh yang berhaluan kiri yang banyak menyumbang kearah kemerdekaan negara seperti Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain lagi. Sistem pendidikan negara kita hakikatnya menyekat pemikiran belia serta gagal dalam menanam semangat mencintai negara atau dalam kata lain membunuh semangat nasionalis dalam diri rakyat Malaysia.

Buktinya dapat kita lihat pada era ini, sebahagian besarnya muda-mudi yang berusia 20-an tidak mengambil tahu senario politik negara hatta mahasiswa sendiri pun. Cubalah disoal dan dikaji berapa ramai anak muda di universiti yang mengambil tahu hal ehwal semasa dan memain peranan dalam politik kampus. Hasilnya tidak sampai 30 peratus mahasiswa yang terbabit dan sebahagian besarnya yang terbabit dalam gerakan mahasiswa dikampus mereka yang ke

universiti melalui keputusan STPM bukannya dari matrikulasi. Maknanya mahasiswa yang bakal mendokong kepimpinan negara berada dalam keadaan yang amat teruk sekali dalam aspek pemikiran dan kematangan. Ini rasanya yang dikehendaki oleh UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa.

Dulu, kini tidak selamanya…….

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara kita apabila terjerumus didalam rusuhan kaum yang sejarah dan puncanya masih samar-samar dalam minda golongan muda. Ekoran daripada itu, demi perpaduan Melayu-Islam dan masa depan bangsa Melayu PAS telah menerima pelawaan UMNO untuk bersatu dalam pakatan UMNO-PAS. PAS ketika itu dibawah kepimpinan Datuk Asri Muda yang merupakan seorang nasionalis Melayu menerima kritikan yang hebat daripada penyokong-penyokong Pas sendiri dan PAS terpaksa menerima hakikat perpecahan dan wujudlah parti serpihan PAS seperti Hamim dan Berjasa di samping krisis kepimpinan yang wujud dalam PAS ketika itu. Namun ikatan PAS-UMNO tidak bertahan lama pada tahun 1977 PAS telah di pecat dari UMNO dan negeri tonggak kekuatan PAS telah di isytihar darurat dan jatuh ke tangan UMNO.

PAS dari gerakan Islam-Nasionalis telah berubah apabila kepimpinan PAS telah diambil alih oleh Tuan Guru Yusuf Rawa yang membawa kepada era kepimpinan ulama. Hasil gerakan melalui usrah dan ceramah kelompok PAS tetap berjaya meluaskan pengaruhnya terutama di kawasan Pantai Timur dan Utara tanah air. Pada ketika ini gerakan belia tetap memainkan peranan penting namun dibayangi dengan pengaruh ulama seperti ustaz Hassan Shukri dan lain-lain lagi.

Gerakan belia di dalam Pas memperlihatkan perubahan yang ketara ketika era Datuk Fadhil Noor sebagai Presiden PAS dan Ketua Pemuda di ketuai oleh Haji Muhammad Sabu seterusnya Haji Mahfuz Omar. Pada ketika ini pemuda PAS banyak memainkan peranan penting dalam isu-isu semasa yang memberi kesan besar pada pengaruh PAS di kalangan orang muda. Pada ketika ini perjuangan PAS yang dibawa oleh barisan pemuda menarik perhatian golongan muda khususnya mahasiswa maka ekoran pada ketika itu lahirlah GAMIS yang berjuang mempertahankan hak-hak kebebasan bersuara. GAMIS pada ketika itu dipimpin oleh Zaharuddin Abdul Rahman iaitu Presiden PMUM.

PAS dan Keadilan……..

Sebelum tahun 1999 tidak terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih oleh golongan-golongan belia yang mempunyai idealisme dan idealogi untuk berada dalam parti politik iaitu hanya PAS dan UMNO. UMNO sebagai parti yang mendokong kepimpinan negara sejak merdeka menganggap hanya mereka sahaja parti ketuanan Melayu padahal hakikat yang tidak disedari PAS sendiri adalah parti untuk orang Melayu dan Islam. Perbezaan antara ke-duanya adalah dari segi dasar dn prinsip perjuangan. Kehadiran parti Keadilan dalam kancah politik negara telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam senario politik negara terutama Melayu-Islam.

Keadilan pada awalnya dianggap sebagai parti serpihan dan akan terkubur seperti Semangat 46 telah membuktikan bahawa kehadirannya mampu digeruni oleh parti lawan dan kawan seperti ditunjukkan dalam PRU 12 apabila memenangi 31 buah kerusi Parlimen dan menguasai kerusi

DUN di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Walaupun Keadilan parti berbilang kaum namun hakikatnya ia tetap di kuasai oleh Melayu.

Secara kritis ia merugikan parti politik pembangkang dan menguntungkan UMNO kerana golongan yang anti kerajaan mempunyai 2 pilihan tetapi tidak kepada parti pemerintah. Namun kelemahan kepimpinan parti pemerintah telah memberi keuntungan kepada parti-parti pembangkang dalam menambahkan keahlian. Pas sebagai sebuah parti yang telah lama bertapak di dalam kancah politik negara pada dasarnya merugikan diri parti itu sendiri.

Parti politik secara hierakinya akan dipimpin oleh golongan belia seterusnya diangkat ke peringkat tertinggi parti hasil komitmen yang diberikan kepada parti. Namun gerakan pemuda Pas di bawah kepimpinan Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman, Nasaruddin Tantawi jauh ketinggalan apabila dibandingkan dengan idealisme dan perjuangan oleh AMK dari keadilan. Hasilnya berbondong-bondong profesional muda Melayu menyokong Keadilan berbanding dengan PAS. Gerakan PAS sendiri yang menumpukan secara total kepada program tarbiyyah dan sedikit pada isu-isu semasa tanpa memahami hasrat golongan belia masa kini merugikan Pas itu sendiri. Sikap keterbukaan yang ditonjolkan oleh Pemuda Keadilan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan lebih terkehadapan berbanding dengan Pas.

Sewajarnya Pas menyelami fikrah mantan presiden Datuk Fadhil Noor apabila meluahkan idea dan dasar parti diterjemahkan dengan program memasyarakatkan Pas. Idea ini bertujuan supaya Pas bersama masyarakat dalam pelbagai isu dan aktiviti setempat tanpa mengetepikan dasar parti. Namun fikrah ini semakin dilupakan. Aktiviti pemuda Pas kebanyakannya ditumpukan di markas-markas Pas dan bersifat in-house. Aktiviti pemuda Pas secara logiknya gagal menarik golongan belia untuk bersama Pas dan golongan bukan Islam untuk bersama-sama dengan Kelab Penyokong Pas. Cuba dibuat perbandingan pertambahan ahli antara Pas dan Keadilan dari golongan belia, boleh dipastikan ramainya menyertai keadilan. Sekiranya pemuda Pas tidak membuat perubahan dalam tempoh 15 tahun Pas akan ketandusan kepimpinan belia yang berkaliber.

Gerakan Pemuda Pas (satu tinjauan di Kubang Pasu )

Walaupun tinjauan ini hanyalah sekadar di Kubang Pasu tidak mustahil inilah masalah yang dihadapi oleh Pas-Pas kawasan di seluruh negara dari peringkat cawangan sehinggalah peringkat Pusat. Tinjauan ini cuba menjurus gerakan pemuda Pas untuk keuntungan politik parti kerana Pas itu sendiri merupakan sebuah parti politik. Sekiranya diperhatikan pemuda Pas Kubang Pasu berada dalam kelesuan terutama dalam menganjurkan program-program untuk parti dan belia. Aktiviti pemuda Pas cuma dijalankan di markas Pas kawasan dan program yang dianjurkan tidak mendapat sambutan kerana bersifat tertutup.

Pemuda Pas Kubang Pasu boleh diibaratkan umpama katak bawah tempurung kerana perubahan iklim politik dan perkembangan sains dan teknologi gagal diserapkan dengan sempurna oleh Pemuda Pas. Walhal dengan kemenangan yang diperolehi Pas Negeri, Pemuda Pas sepatutnya boleh bergerak dengan lebih efektif dan profesional dalam usaha menarik golongan belia kepada Pas kalau itu alasan yang diberikan sebelum ini. Selepas hampir 2 bulan selepas pilihanraya tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh Pemuda untuk menganjurkan sebarang aktiviti walhal

sebagai sebuah parti politik dan kalah di Parlimen serta DUN sepatutnya terdapat usaha yang lebih jitu untuk menarik masyarakat bersama Pas.

Bukan bertujuan membuka pekung tetapi ini hakikatnya yang perlua diakui. Selepas pilihanraya Pemuda Pas menganjurkan program untuk sukarelawan Pas tetapi apa yang ditonjolkan Cuma kecetekan minda oleh Pemuda Pas. Hasrat yang disampaikan Pemuda Pas akan menganjurkan pelbagai program tetapi tidak kepada bola sepak. Alasan diberikan kerana bola melalaikan waktu sembahyang dan ramai anak muda masih bermain bola walau azan Maghrib sudah berkumandang. Alasan ini sebenarnya menunjukkan kebodohan dan kelemahan Pemuda Pas sendiri dalam membuat tinjauan di akar umbi. Permainan bola sepak sudah sinonim dengan golongan belia mahupun veteran dan sepatutnya sebagai sebuah parti Islam bukannya membunuh sukan yang diminati tetapi dengan mewujudkan unsur tarbiyyah dengan menghormati waktu solat ketika perlawanan diadakan dan kalau dilihat Stadium Mini Darul Aman sendiri tidak pernah mengadakan perlawanan hingga melepasi waktu Maghrib dan kebiasaannya pukul 7.00 petang telah tamat perlawanan. Pemuda Pas Kubang Pasu tidak membuat tinjauan atau mengambil sikap pandang negatif pada aktiviti yang tidak digemarinya.

Sukarelawan yang hadir pada malam tersebut majoritinya adalah pemuda dan belia kampung yang menyokong Pas dan membantu Pas semasa pilihanraya tanpa memahami agenda perjuangan Pas. Sewajarnya Pemuda Pas mengambil inisiatif dakwah bil hal selaras dengan pemikiran belia masa kini disamping menyelit secara tidak langsung prinsip perjuangan Pas dan unsur-unsur tarbiyyah supaya Pas dapat melahirkan pemuda yang mencintai agamanya.

Pemuda Pas juga gagal menterjemahkan perjuangan pemuda untuk kepelbagaian kaum. Apakah dan di manakah aktivitit serta program Pemuda Pas yang bersifat global atau keterbukaan untuk kaum bukan Melayu. PRU 12 merupakan peralihan undi bukan Melayu kepada Pas dan sewajarnya Pemuda Pas mengmbil inisiatif untuk menarik belia-belia dari bukan Melayu bersama dengan Pas melalui kelab Penyokong Pas tetapi sebaliknya kosong dan secara tidak langsung menguntungkan Keadilan apabila lapisan belia melihat Keadilan lebih proaktif berbanding kelesuan yang ditunjukkan oleh Pemuda Pas khususnya Pemuda Pas Kubang Pasu.

Menjadi satu hasrat untuk melihat satu reformasi atau anjakan paradigma berlaku dalam Pemuda Pas supaya terus relevan dengan arus politik masa kini. Perlu difahami sebagai sebuah parti politik gerakan dan program yang dianjurkan adalah untuk politik yang digemblengkan untuk kesejahteraan rakyat tetapi kalau minda Pemuda Pas lemah dan tidak bersifat keterbukaan akhirnya kita akan terkebelakang seterusnya tidak lagi relevan. UMNO yang mempunyai Putera UMNO, persatuan-persatuan belia dan keadilan dengan pemudanya yang proakif akan menenggelamkan Pemuda Pas sekiranya Pas tidak mencari jalan keluar

Wallahua`lam

MUKADDIMAH

Lewat tengah malam, di gerai nas corner segelintir anak muda seramai 10 orang berbual pelabagai isu, samada isu semasa, politik dan agama. Jangan anggap bila melepak tu melepak kosong tetapi ada ilmiahnya secara tidak langsung........ermmm,
Dalam ramai2 tu antaranya nas kerbau, halim letrik, dik wan, c.akmal ( aku la tu ), mie kamus, beberapa mat rempit dan kri kecik. Terlahir suatu idea supaya diwujudkan blog untuk komuniti nas corner he3x......( aku yg nak menulis sebenarnya )

Anak-anak muda ini lingkungan umur 20 hingga 40 tahun yang saban malam berada di bawah pokok di gerai nas corner.....perbualan selalunya berkisar tentang suasana politik di Malaysia. Majoriti di gerai ini cenderung kepada politik pembangkang atau pakatan rakyat...nape???

Nanti kita bicarakan.......