Wednesday, November 18, 2009

MASA....dan isu-isu

Dah lama tidak di update blog nie kerana kesibukan masa yang tidak dapat dielakkan, dalam kata lain tak sempat nak menulis, edea banyak tapi nak luangkan masa untuk menulis terlalu terhad. Menulis adalah suatu seni masing-masing. Ada yang dapat menulis menceritakan pengalaman hidup dan tentang diri dan ada yang menulis berdasarkan suatu kajian ilmiah dan pandangan tentang setiap isu yang di putar di setiap media yang ada pada hari nie. Begitu juga dengan gaya penulisan dan uslub bahasa berbeza mengikut jenis penulisan yang diminati dan kepakaran masing-masing.
Terlalu banyak ulasan yang hendak disampaikan samada isu pendidikan atau politik yang menjadi kegemaran penulis. Penulis akan kehilangan seorang insan yang dianggap sebagai bos ( sudah tentu la ), guru dan sahabat. Beliau akan menyambungkan pengajian di peringkat PHd tetapi pada pandangan penulis sepanjang 4 tahun bersama beliau terlalu banyak ilmu yang penulis perolehi terutamanya ilmu yang tidak dapat kita perolehi melalui buku dan kuliah-kuliah. Pandangan yang berada diluar kotak menyebabkan penulis rasa kagum dan hormat serta penulis berbangga dengan kejayaan beliau. Semoga beliau akan terus maju kehadapan, insyaallah.
Mulai 20 November 2009, sekolah akan mulai bercuti tetapi kepada rakan-rakan seperjuangan cuti sekolah yang panjang bukan bermakna tugas kita akan terus berehat panjang. Sewajarnya tempoh cuti panjang ini kita mempersiap-siagakan diri dengan perancangan pada tahun 2010. Kekurangan pada 2009 dijadikan sebagai iktibar dan 2010 sebagai lembaran baru perubahan supaya anak-anak kita akan memperolehi ilmu sebaik mungkin.
Mahkamah telah memutuskan bahawa Adun Kota Siputeh telah hilang kelayakan dan secara tidak langsung telah memberi tamparan yang hebat kepada SPR sebagai badan yang menjalankan pilihanraya yang perlua akur dengan kuasa speaker. Malangnya TPM yang kita hormati telah menunjukkan kekurangan beliau dalam memahami kuasa speaker. Sepatutnya beliau tidak mengarahkan Adun terbabit menghadiri sidang dun ( sebelum penghakiman ) kerana walau beliau TPM tetapi kuasa beliau tidak boleh mengatasi kuasa speaker dalam DUN.
wassalam...........

Sunday, September 27, 2009

GURU PENDIDIKAN ISLAM, ANTARA KELEMAHAN DAN KEKUATAN

Isu kedudukan GPI di sekolah-sekolah selalu diperkatakan oleh ramai pihak sejak awal kemerdekaan seterusnya di sahut melalui Penyata Razak, Penyata Rahman Talib sehinggalah perlaksanaan KBSR, KBSM dan kemudiannya j-QAF. Terlalu banyak dikaitkan kelemahan GPI berbanding dengan kelebihan dan kekuatan yang terdapat dalam diri GPI. Apakah silapnya apabila GPI sering dipandang sinis apabila dikaitkan dengan pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan am, teknologi maklumat dan sebagainya tetapi hanya di pandang tinggi dan diperlukan apabila melibatkan program keagamaan yang hanya bertujuan menjadi imam solat dan membaca doa???
Suasana ini berlarutan bukannya baru tetapi berlarutan sejak dulu, kini dan ……… sememangnya kelemahan yang diperkatakan ini berpunca dari sikap dan penampilan GPI itu sendiri. Sekiranya kita memperhalusi zaman persekolahan kita sehinggalah kita sendiri terlibat dengan dunia pendidikan maka apabila disebut GPI maka yang terlintas di dalam ruang pemikiran kita GPI adalah sekelompok guru yang penampilan yang agak selekeh, kurang bersemangat, sentiasa terkebelakang dalam program sekolah, mengajar sekadar melepaskan batuk, sentiasa bermalas-malasan dan kurang pergaulan dengan rakan taulan tetapi segelintirnya dipandang tinggi oleh masyarakat kerana kebolehan GPI mengajar dan membaca kitab di masjid-masjid.
GPI akan dipandang tinggi dan diperlukan apabila terdapat program-program yang berunsurkan keagamaan dan kerohanian serta majlis-majlis yang diperlukan untuk membaca doa. Adakalanya tiada kepercayaan pihak sekolah mahupun pihak-pihak lain untuk menyerahkan ssesuatu program yang besar kepada GPI kerana tiada keyakinan GPI dapat melaksanakan dan menguruskan dengan baik. Walaupun begitu masih terdapat GPI yang mampu memberi perkhidmatan terbaik tetapi malangnya kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga.
Maka sewajarnya di era teknologi maklumat ini maka GPI mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kelemahan dan penghinaan terhadap GPI ini akan terkubur. GPI bukan sahaja berada dihadapan tatkala menjadi imam solat tetapi berada dihadapan dalam setiap perkara setanding dengan guru-guru dalam aliran lain. Jangan kita dihormati kerana pengetahuan agama sahaja tetapi dihormati sebagai manusia yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan menjadikan diri kita sebagai orang yang diperlukan dan sekiranya kita tiada maka cacatlah sekolah kita. Sekiranya suasana ini berlaku maka masyarakat dan mereka yang berada di dalam dunia pendidikan akan memandang tinggi dan terkuburnya kata-kata cacian dan penghinaan terhadap GPI.
Jatidiri dan keinginan kita suatu hari nanti dari pentadbit sekolah sehinggalah Ketua Pengarah Pelajaran mahupun menteri akan lahir mereka dari aliran agama. Tatkala itu semua GPI akan tersenyum bangga bahawa kita mampu buktikan yang kita juga dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Seharusnya kita kena berjalan kehadapan bukan kebelakang supaya hasrat dan keinginan kita itu tidak menjadi mimipi tetapi menjadi realiti yang sukar diungkapkan….insyaallah…

Saturday, August 29, 2009

GERAKAN BELIA....TINJAUAN UMUM DI KUBANG PASU

Setelah lebih 500 hari kerajaan PR mengambil alih Kedah dari UBN pelbagai kesan dan impak dapat dilihat oleh rakyat yang berfikir. Pada pengamatan saya, peringkat awal pemerintahan PR lebih kepada membaik-pulih sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Oleh itu nikmat awal kerajaan baru cuma dirasai oleh golongan kontraktor dan golongan atasan. Sedikit demi sedikit nikmat pemerintahan kerajaan PR di Kedah mulai dirasai secara perlahan-lahan oleh golongan marhaen. Bagaimana pula dengan gerakan pemuda atau belia?
Tinjauan umum diseluruh negeri Kedah dan khususnya di daerah kubang Pasu, UMNO secara bersungguh-sungguh merangka pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk mendekati golongan belia dan memperolehi undi mereka pada PRU 13 nanti. Berjaya ataupun tidak bergantung sejauhmana UMNO berani berubah demi survival politik mereka kerana secara rosionalnya UMNO masih disokong oleh orang Melayu tetapi pendekatan politik mereka perlu berubah selaras dengan aspirasi rakyat supaya UMNO dapat kekal dalam arus politik di Malaysia.
Setelah PRU12 di Kubang Pasu terdapat segolongan belia yang berpendapat perlunya PR mewujudkan satu gerakan belia yang setanding dengan persatuan-persatuan belia yang menjadi kuda tunggngan UBN seperti MBM dan MAYC dsbnya. Hasilnya satu gerakan belia yang didokong oleh aktivis PAS telah berjaya ditubuhkan iaitu PEMBELA. Malangnya gerakan ini secara tidak langsung menjadi duri dalam daging kepada PAS Kubang Pasu kerana mereka banyak mengkritik PAS Kubang Pasu dan merancang untuk mengambilalih pentadbiran PAS di Tok Kesop.
Ekoran daripada itu usrah yang dirancang oleh PEMBELA secara jelas mengkritik kepimpinan PAS Kubang Pasu yang diterajui oleh speaker kerajaan negeri Kedah. Pelbagai kritikan diberikan hatta mengaitkan kelembapan aktiviti terutamanya aktiviti belia. Lantaran itu satu senarai AJK telah diedarkan pada AGM PAS Kubang Pasu dan menyaksikan team PEMBELA tewas teruk kerana perwakilan menolak agenda politik yang dibawa oleh mereka tetapi mereka berjaya menguasai gerakan Pemuda Pas Kubang Pasu.
Namun setelah hampir 6 bulan mengusai Pemuda Pas kubang Pasu suasana yang sama seperti dahulu. Umpama hanya pandai mengkritik tetapi apabila berkuasa hasilnya adalah sifar. Program himpunan pemuda dan BBQ perdana yang diadakan pada 31 Julai 2009 sebenarnya tidak membawa sebarang hasil dan kesan kepada PAS. Program tersebut hanyalah satu pembaziran dan bersifat takbur kepada UBN bahawa ramai belia di Kubang Pasu menyokong PAS tetapi adakah itu yang diperlukan oleh belia di Kubang Pasu. Program tersebut hanyalah datang untuk makan kemudian pulang kepada pangkuan diri tanpa sebarang intipati.
Sepatutnya setelah pandai mengkritik dahulunya, maka ketika ini Pemuda Pas Kubang Pasu membuktikan kritikan mereka dahulu bukan omong-omong kosong. Kalau dahulunya mengatakan tiada usrah Pemuda maka sekarang arahkan kepada setiap cawangan, UPU dan MTD supaya diadakan usrah Pemuda setiap minggu. Kalau dulu mengatakan tiada aktiviti belia dan Pemuda Pas hanya berkelubung di Markas Tok Kesop tetapi sekarang dimana program Pemuda yang langsung tiada sehingga hari ini walau di markas mahupun diluar markas? Kalau dulu sekurang2nya terdapat juga pelbagai program walaupun Cuma dijalankan di markas Tok Kesop. Adakah kepimpinan Pemuda Kubang Pasu pada hari ini Cuma pandai bercakap walhal pihak UBN telah menjalankan pelbagai aktivti dan program di segenap pelusuk kampung. Program yang dijalankan dari bentuk yang sosial sehinggalah bersifat kerohanian.
Adakah taring Pemuda/PEMBELA yang dulunya lantang mengkritik tetapi hari ini telah tumpul apabila berjaya mengambil alih pentadbiran setelah mensyuarat agung yang lalu? Masyarakat belia khususnya di Kubang Pasu setiap detik memerhatikan peranan Pemuda Pas pada hari ini. Sewajarnya, mulai hari ini kita rapatkan saf dan dengan perasaan yang rendah hati bekerjasama dengan Pas Kawasan demi memastikan PRU13 nanti Kubang Pasu serta dua dewan undangan negerinya dikuasa oleh PR. Jangan jadi seperti orang yang meludah kelangit tetapi akhirnya ludah itu kembali ke muka kita. Sewajarnya mereka yang bersalah insaf dengan kekurangan diri dan kembali kepada semangat perjuangan yang sebenar. Insyaallah.

Sunday, August 16, 2009

WAJARKAH????

Sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan antara hak yang tertulis dalam adat istiadat orang melayu dan hal ehwal agama Islam ialah hak untuk memperolehi pendidikan dan serta biasiswa. Maka oleh itu sejak mencapai kemerdekaan bumiputra menikmati biasiswa dari persekolahan peringkat rendah hinggalah pengajian di peringkat universiti. Malangnya hak ini diri dirompak oleh UBN dengan memansuhkan dasar kuota di IPTA dengan menjalankan dasar meritokrasi dengan alasan bumiputra wajar bersaing dengan kaum lain dan tidak perlu bergantung dengan tongkat untuk mencapai kemajuan. Kemuncaknya apabila UBN menggantikan biasiswa dan pinjaman JPA kepada pinjaman berfaedah PTPTN kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.
Satu pengkhianatan besar kepada orang Melayu apabila hak yang termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan di rogol dengan sewenangnya oleh UBN. Kesannya ramai graduan gagal membayar hutang tersebut apabila perjanjian tersebut mewajibkan graduan membayar antara RM 150 hingga RM 200 setiap bulan selama 10 hingga 15 tahun dengan kadar faedah dulunya 3% setahun ( walau diubah kepada 1% tetapi masih sepi ) yang menyebabkan graduan terpaksa membayar kadar faedah hampir RM 5000 ( walaupun dikatakan kos perkhidmatan tp sebenarnya tiada beza pun ).
UBN mendakwa mereka ialah model negara kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat, tetapi kebajikan UBN ialah memberi hutang kepada rakyat yang menjangkau 4 billion setahun tetapi tidak pula mengeluh apabila wang rakyat digunakan untuk tujuan pembaziran dan membayar komisen kepada kontraktor seperti Ekran yang menerima 2 billion dan penyelewangan PKFZ sebanyak 12 billion. Cuba bayangkan sekiranya kos ini dikembalikan kepada rakyat berapa ramai bumiputera Melayu akan menjadi bijak pandai dan tidak perlu memeningkan kepala membayar kos hidup yang semakin tinggi dan dalam masa yang sama terpaksa membayar hutang PTPTN?
Maka menjadi kewajaran kepada semua pemiutang PTPTN sejak 1998 hingga sekarang bergabung tenaga membuat demontrasi atau membuat perhimpunan aman mendesak supaya kerajaan UBN menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan biasiswa seperti mana himpunan GMI dan PPSMI. Sewajarnya hak rakyat dikembalikan kerana kekayaan negara ini hak milik rakyat dan bukan untuk digunakan untuk tujuan pembaziran.....

Tuesday, August 11, 2009

DSAI PENGKHIANAT MELAYU????

Sejak seminggu lepas isu DSAI sebagai pengkhianat Melayu semakin hebat diperkatakan oleh UBN terutamanya TPM Muhyiddin Yassin yang cuba membodek bosnya Tok Najib setelah agak terpinggir dari kabinet Najib apabila cuma memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Semata-mata untuk mengambil hati bosnya iaitu PM maka Muhyiddin cuba untuk menjadi hero Melayu dengan menonjolkan DSAI sebagai pengkhianat Melayu. Padahal beliau tidak sedar secara tidak langsung beliau ibarat meludah ke langit dan membuka mata rakyat untuk menilai 50 tahun pemerintahan UBN di bumi 1Malaysia.
Apakah pengkhianatan yang telah dibuat oleh DSAI? Kenapa Muhyiddin hanya berani mendakwa DSAI sebagai pengkhianat tetapi gagal menunjukkan bukti pengkhianatan yang dilakukan oleh DSAI? Kalau setakat nak mendakwa dan menuduh anak-anak kecil yang masih belum akil baligh lebih pandai sikit dari Muhyiddin dah tentu mereka percaya tetapi kalau hanya cuba mengalih perhatian rakyat dan menipu rakyat maknanya Muhyiddin telah membuat kesilapan yang paling besar. Kesilapan paling besar beliau apabila rakyat khususnya Melayu akan berfikir apakah pengkhianatan yang dibuat oleh DSAI tetapi pengkhianatan yang dibuat oleh UBN kepada orang Melayu tidak terhitung rasanya.

Bermula dengan kemerdekaan T.Melayu, UBN telah mengkhianati Melayu apabila menerima perlembagaan penjajah dengan menolak perlembagaan rakyat. Siapa pula yang telah menggerakkan demontrasi raja-raja Melayu dan menghina raja-raja Melayu untuk memansuhkan imuniti raja-raja? Siapa yang telah menjual kepentingan KPJ Healthcare yang merupakan pemilik kepada Pantai Medical termasuk dengan Gleaneagles Hospital? Siapa yang telah menggubal akta pengambilan tanah yang menyebabkan rakyat terpaksa menjual tanah kepada kerajaan kerana tujuan pembangunan dan akhirnya yang tergadai tanah hak milik Melayu? Siapa yang telah menjual air dengan harga sebanyak 3 sen kepada Singapura? Siapa yang menggadai tanah melayu di Johor kepada Singapura kemudian diberikan nama WPI? Beribu ekar tanah rizab Melayu yang telah diambil alih tetapi belum diganti, berpunca dari siapa? Bernas pengeluar beras nasional kemudiannya 33% ekuiti saham dimiliki oleh syarikat di Hong Kong berpunca dari Siapa? Berbilion duit hak milik rakyat di gunakan untuk bail out syarikat kroni UBN dan bayaran komisen untuk pelbagai sektor dilakukan oleh siapa?
Semuanya dilakukan oleh UMNO yang kononnya parti pembela Melayu padahal itu la satu2nya parti yang melingkup dan merosakkan orang Melayu pada hari ini. Berpunca dari UMNO lah umat Melayu hari ini menjadi hamba di tanah air sendiri. DEB yang gagal kerana dasar kronisme UMNO dan sebagainya merupakan satu pengkhianatan paling besar yang dilakukan oleh UMNO. Percubaan UMNO untuk menutup pekung dengan meletakkan kesalahan kepada DSAI satu tindakan yang paling bodoh dan meluaskan lagi keranda UBN pada PRU 13 nanti kerana UMNO PARTI PENGKHIANAT MELAYU YANG SEBENAR

Saturday, August 1, 2009

SUBJEK SEJARAH DI SK???

Terdapat kawan-kawan yang sering mengunjungi blog ini meminta supaya saya keluarkan pandangan mengenai isu ini. Rasa bangga juga disebabkan baru bermain dengan blog tetapi sudah terdapat peminat yang memberi respon positif dan ingin mendapatkan pandangan daripada saya. Pandangan tetap pandangan, menerima atau menolak semuanya atas pendirian masing-masing.
Sejarah merupakan intipati penting dalam membentuk jiwa dan semangat kenegaraan dikalangan penduduk sesebuah negara. Negara-negara luar telah membentuk jiwa rakyat mereka sejak dari peringkat rendah pengajian. ini jelas kalau kita lihat sebuah rancangan terbitan Amerika iaitu ARE YOU SMARTER THAN 5TH GRADE, dapat kita lihat pelajar seusia 10 tahun dapat mengingati sejarah negara mereka sejak presiden pertama sehingga sekarang termasuk sumbangan yang mereka berikan. Bagaimana dengan murid kita? Rasanya pengasas Melaka, Parameswara belum tentu mereka kenal apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Saya amat bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan subjek Sejarah di sekolah rendah sebagai satu kaedah membentuk jatidiri dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang matang dan bersifat patriotik tetapi sekiranya diwujudkan semata-mata untuk kepentingan politik lebih baik dilupakan sahaja. Kalau dilihat dalam buku sejarah tingkatan 1 hingga 5 sejarah hanya dikenalkan melalui satu hala atau dengan kata lain meletakkan UMNO dan BN ( dulunya PERIKATAN ) sebagai pejuang kemerdekaan dan pengasas sejarah Malaysia dengan menafikan perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh lain yang menyebabkan masyarakat Malaysia pada hari ini buta sejarah Malaysia yang sebenar. Sehingga hari ini Mustafal Kamal Attaturk dianggap sebagai bapa pemodenan Turki walhal dunia Islam mengutuk tindakan beliau dan dianggap sebagai manusia yang dilaknat oleh Allah taala.
Satu kajian yang dibuat menunjukkan lapisan pelajar di IPTA lebih bersifat nasionalisme dan mempunyai kesedaran politik yang tinggi adalah mereka yang masuk ke IPTA melalui jaringan STPM tetapi melalui matrikulasi mempunyai pengetahuan sejarah yang cetek dan semangat patriotik yang ampuh. Ini disebabkan pelajar STPM didedahkan dengan pengetahuan sejarah yang lebih menyeluruh dan terbuka serta memperoleh maklumat dengan lebih banyak dan bebas dari pengaruh politik kepartian dan secara tidak langsung memberi kesedaran yang tinggi.
Pada pandangan saya tindakan kerajaan adalah amat bertepatan tetapi hakikatnya sudah terlambat kerana negara kita telah merdeka lebih 50 tahun. Sekiranya direalisasikan adalah wajar ia meliputi sejarah kita yang sebenar bukan hanya kepentingan politik kepartian dan seandainya bersifat sedemikian maka ia akan menemui kegagalan sepertimana generasi Malaysia yang ada pada hari ini, tidak kenal sejarah negara mereka sendiri. Wallahua`lam

ADAKAH GURU DINILAI DENGAN PENUH WAJAR???

Fenomena ini sering bermain dilubuk sanubari seseorang guru tatkala keputusan siapa dapat APC( Anugerah Khidmat Cemerlang ) keluar. Ketika itu bermacam2 pendapat keluar sama ada guru sedemikian layak ataupun tidak?Teringat saya ketika era melintang dan menegak berlaku satu ketika dahulu sebelum skim ssm ini diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ada seorang guru pernah berkata kepada saya tahunni kena kerja semua cantik untuk dapat melintang menegak. Spontan saya menjawab, kalau nak harapkan demikian bermakna tidak ikhlas dalam mendidik anak murid kita.Mungkin cemerlang dan gemilang di dunia tetapi diakhirat kita tenggelam. Terkedu guru berkenaan. Bukan niat nak jatuhkan beliau tapi nak menyedarkan dia erti perjuangan seorang guru! Ketika saya menuntut ilmu dahulu, saya memuji guru2 saya yang tidak pernah kenal erti jerih perih mendidik anak2 komando.Cikgu Wan, ya nama itu begitu sinonim dengan pelajar di kem Komando. Beliau dan beberapa orang guru lagi sehingga jam 10 malam mengajar kami. Sistem kem askar ketika itu, guru2 diberi rumah guru berdekatan dengan sekolah. Justeru, tidak timbul anak2 guru akan terkorban dalam menuntut ilmu. Pergi sekolah, guru2 berjalan kaki bersama murid2. Asuhan mereka yang mempunyai berbagai2 pendekatan dapat mendidik kami menjadi insan yang berguna.Dari pendekatan keras hingga lembut semua ada tetapi bapa2 kami tidak pernah memaki hamun guru kerana mereka tahu guru2 di situ mengajar sebagaimana KOMANDO dilahirkan. Mungkin pendekatan ini boleh dipraktikkan sekarang. Namun. ini adalah cadangan bagi membendung gejala2 negatif sekaang yang begitu menular berlaku. Waktu itu melintang, menegak tidak ada, terlentang kita dibuatnya adala...Para pentadbir kadangkala lebih mengutamakan guru2 perempuan yang cantik untuk cemerlang ni. Minta maaf jika saya timbulkan isu ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang dilalui. Didepan saya seorang guru perempuan, pagi2 lagi dah menunggu pentadbir datang ke sekolah dengan muka yang bermekap cantik semata2 hendak mengucapkan good morning sir! Nampakje pentadbir ambik cat terus mengecat dan bermacam2 lagi. Tahu apa beliau dapat bila keluar keputusan? Menegak! Walau UPSR merundum kerana bahasa Inggeris yang diajarnya dikelas UPSRnya jahaman terus, beliau masih mendapatnya. Patutkah? Di sini dapatlah kita lihat apa yang dinilai oleh pentadbir sedemikian. Kadangkala perkara ini melemahkan semangat guru2 untuk mengajar. Ada positif dan ada negatifnya. Situasi yang lain disekolah yang lain, saya belajar melihat pengalaman seorang pentadbir yang ramai mengatakan beliau ini seorang yang tegas.Saya suka menguji apabila bertemu situasi ini, kerana saya mengamalkan prinsip berani kerana benar takut kerana salah. Boleh rujuk rekod di JPN Melaka siapakah guru yang pernah buat laporan tentang karenah guru besar? Dah tentu saya. Sebab saya berpegang jika sekali maruah kita dipijak kita jangan biarkan orang terus memijak kita. Tahu kenapa saya buat laporan?Guru Besar tersebut telah memaki saya di depan anak2 murid saya dan guru kerana saya bagi idea sikit dalam perbahasan. Patutkah ini? Boleh rujuk etika perguruan kerana dengan membawa etika perguruan nilah saya membuat laporan ke JPN. Tahu apa yang dikata oleh orang JPN, kami tak percaya! selang beberapa bulan kemudian guru besar tersebut telah disaman oleh seorang guru kerana mengatakan dia MONYET! Berbalik kepada pentadbir yang dikatakan tegas itu, atas nasihat presiden KPPK ketika itu, beliau menyuruh saya memahami dan menyelami diri pentadbir sedemikian dan cuba bertindak secara berhemah. Alhamdulillah saya berjaya. Bukan berjaya membodek tapi berjaya menegurnya mengeluarkan setiap hati para guru di bawahnya. Rupa2nya guru besar ini suka org bercakap dan meluahkan setiap yang terbuku kepadanya tanpa risau diambil tindakan negatif. Selama saya dibawahnya, saya lihat beliau sebenarnya cukup mengenali kaki2 bodek ataupun tidak.Walaupun beliau nampak tegas tetapi sebaliknya beliau menilai setiap kerja yang kita buat dengan penilaian yang positif. Akhirnya ramai guru2 mulai seronok dengan pendekatan yang dilakukan. Dia biasa berkata kepada guru2, cikgu2 buat kerja kita sebagai guru, kalau ada ibubapa atau org2 jabatan hendak menyerang cikgu, saya akan pertahankan kerana saya yakin guru2 saya adalah yang terbaik. Perkara ini jugalah pernah saya lalui ketika di Sarawak apabila seorang bapa datang ke pejabat Guru Besar mengadu kepada pentadbir tentang guru yang memarahi anaknya.Tahu 1Malaysia apa yang dibuat oleh guru besar tersebut? Menulis satu surat dan di dalamnya mengandungi kata2 anak anda ditukarkan ke sekolah lain serta merta. Terkejut bapa tersebut. Tau apa kata guru besar berkenaan, SAYA PERCAYA GURU2 SAYA, MEREKA MENGAJAR NAK DIDIK MENJADI INSAN YANG BERGUNA..Merayu2 bapa pelajar tersebut tapi guru besar tersebut tetap dengan keputusannya. Seandai dan sekiranya setiap pentadbir mengamalkan kisah 2 pentadbir yang positif ini saya yakin setiap guru tidak akan rasa takut dalam mengajar anak2 didik mereka dengan lebih bersemangat lagi. DIAMBIL DARI http://politikbanjar.blogspot.com/