Sunday, August 16, 2009

WAJARKAH????

Sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan antara hak yang tertulis dalam adat istiadat orang melayu dan hal ehwal agama Islam ialah hak untuk memperolehi pendidikan dan serta biasiswa. Maka oleh itu sejak mencapai kemerdekaan bumiputra menikmati biasiswa dari persekolahan peringkat rendah hinggalah pengajian di peringkat universiti. Malangnya hak ini diri dirompak oleh UBN dengan memansuhkan dasar kuota di IPTA dengan menjalankan dasar meritokrasi dengan alasan bumiputra wajar bersaing dengan kaum lain dan tidak perlu bergantung dengan tongkat untuk mencapai kemajuan. Kemuncaknya apabila UBN menggantikan biasiswa dan pinjaman JPA kepada pinjaman berfaedah PTPTN kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.
Satu pengkhianatan besar kepada orang Melayu apabila hak yang termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan di rogol dengan sewenangnya oleh UBN. Kesannya ramai graduan gagal membayar hutang tersebut apabila perjanjian tersebut mewajibkan graduan membayar antara RM 150 hingga RM 200 setiap bulan selama 10 hingga 15 tahun dengan kadar faedah dulunya 3% setahun ( walau diubah kepada 1% tetapi masih sepi ) yang menyebabkan graduan terpaksa membayar kadar faedah hampir RM 5000 ( walaupun dikatakan kos perkhidmatan tp sebenarnya tiada beza pun ).
UBN mendakwa mereka ialah model negara kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat, tetapi kebajikan UBN ialah memberi hutang kepada rakyat yang menjangkau 4 billion setahun tetapi tidak pula mengeluh apabila wang rakyat digunakan untuk tujuan pembaziran dan membayar komisen kepada kontraktor seperti Ekran yang menerima 2 billion dan penyelewangan PKFZ sebanyak 12 billion. Cuba bayangkan sekiranya kos ini dikembalikan kepada rakyat berapa ramai bumiputera Melayu akan menjadi bijak pandai dan tidak perlu memeningkan kepala membayar kos hidup yang semakin tinggi dan dalam masa yang sama terpaksa membayar hutang PTPTN?
Maka menjadi kewajaran kepada semua pemiutang PTPTN sejak 1998 hingga sekarang bergabung tenaga membuat demontrasi atau membuat perhimpunan aman mendesak supaya kerajaan UBN menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan biasiswa seperti mana himpunan GMI dan PPSMI. Sewajarnya hak rakyat dikembalikan kerana kekayaan negara ini hak milik rakyat dan bukan untuk digunakan untuk tujuan pembaziran.....

No comments: