Dimanakah hala tuju sistem pendidikan kita di Malaysia sebenarnya???
Pendidikan merupakan nyawa sesebuah negara untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sejak merdeka sehingga sekarang sistem pendidikan di negara kita sering berubah mengikut perubahan menterinya dan kementeriannya. Dulu Kementerian Pelajaran kemudian di ubah kepada kementerian Pendidikan dan begitulah sebaliknya mengikut selera sang penguasa.
Pendidikan di negara kita secara tidak langsung merujuk kepada beberapa laporan dan kajian yang dibuat oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti laporan Rahman Talib, Laporan Razak dan lain-lain lagi yang menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Negara. Namun apabila era permasalahan buta huruf di kalangan penduduk semakin pupus maka sistem pendidikan juga berubah mengikut peredaran zaman dan kualiti pendidikan yang semakin menjunam. Saban tahun kedudukan universiti utama di negara kita semakin jatuh ke bawah...di mana punca dan silapnya?
Perkara yang saban hari panas diutarakan adalah PPSMI. Apakah jaminan dengan sistem ini akan meningkat mutu sistem pendidikan di negara kita? Bagi aku mudah je mana ada jawapan di sebabkan perlaksanaan PPSMI cuma berdasarkan kajian yang tidak sampai pun setahun tetapi diwujudkan demi kepentingan politik walau membunuh bangsa sendiri. Kalaulah nak di persoalkan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang ada dari dulu, kini dan hari ini, dulu belajar sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau di sekolah kebangsaan yang ada sekarang termasuklah bijak pandai dan teknokrat yang lahir pada hari ini adalah hasil sistem pendidikan kebangsaan yang di rangka oleh tokoh-tokoh pendidikan dan laporan serta kajian yang dibuat bukannya melalui PPSMI.
Kalau dulu sistem pendidikan agama Islam, apabila kerajaan menghapuskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang memberi kesan bukan sahaja kepada kaum Melayu tetapi menjejaskan ambilan pelajar ke aliran agama kerana penyumbang terbesar ke fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti tempatan adalah dari sekolah agama rakyat. Sekarang yang terkini adalah menghadkan pengambilan matapelajaran di peringkat SPM berpunca dari anak keluarga miskin dari Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik di Malaysia. Jika dihurai secara panjang lebar boleh dibuat kajian pendidikan di peringkat sarjana.
Kesimpulannya sistem pendidikan sekiranya dikaji secara mendalam hanyalah bertujuan untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang ada walaupun terpaksa mengorbankan anak bangsa sendiri. Kalau dulu ketika di sekolah rendah pelajar di arah menghafal sifir sehingga 16 tetapi sekarang cuma hingga sifir 9. Dimanakah kita? Semakin kehadapan atau kebelakang? Bak kata Nabil....Lu Pikir la Sendiri.....
Monday, July 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment